Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Siapa Aku
Sabtu, 30 Mei 2009 | 10:31 PTG | 1 comments
Assalamualaikum wrt,

Salam perkenalan dari Mohamad Azari Hashim.
Umur 34 tahun.
Sudah berumtangga, satu isteri dan empat orang cahaya mata yang cute-cute.
Aku dilahirkan di Jeram , Kuala Selangor pada 08081974.
Dibesarkan di Kg Cheras Baru Kuala Lumpur.
Anak yang ke empat dari enam orang adik beradik. Aku agak lain dari adik beradik yang lain.
Masa kecil ku, aku seorang yang tak banyak cakap, pendiam, pemalu dan selalu cakap sorang- sorang. Masa umur aku sekitar 7-8 tahun aku suka sangat tengok cerita combat kat tv1. Lepas tengok combat aku mesti tak lepaskan peluang cakap sorang-sorang dan buat aksi atas katil macam perang combat. Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak biasa aje. Selepas ayah meninggal dunia pada tahun 1982. Kehidupan kami sekeluarga berubah sama sekali. Ibu tak pernah bekerja sepanjang hidupnya. Biasalah orang dulu-dulu. Orang perempuan masa itu tak ramai yang bekerja.
Ibu hanya gunakan duit pencen ayah untuk sara kami 6 beradik. Masa itu kakak aku yang sulung baru berumur 13 tahun kalau tak silap aku. Aku pula berumur 8 tahun. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Masa itu kakak ibu dan adik angkat cinanya banyak membantu kami sekeluarga. Kakak aku yang sulung dan abang aku dijaga oleh adik angkat cinanya. Kakak aku yang nombor dua pula kakak ibu yang jaga. Semoga Allah membalas jasa mereka ini dengan sebaik-baik balasan. Amimmmmmmm.......
Aku ,adik lelaki bawah aku dan yang paling bongsu, masa itu umurnya hanya 2 tahun dijaga sepenuhnya oleh ibu tercinta. Ibu seorang yang benar-benar penyabar dan cukup pandai berjimat. bayangkanlah duit pencen arwah ayah masa itu cuma rm90 sahaja sebulan, tapi ibu cukup pandai berjimat sampai kami tak pernah tak makan. Walaupun kadang-kadang kami hanya makan lempeng dari pagi sampai malam. Dan ada masanya nasi goreng kosong dari pagi sampai malam. Makan ayam maupun daging jauh sekali.
Masih segar di ingatan aku setiap kali malam raya( takbir) kalau kami tak balik rumah kakak ibu. Kami sekeluarga akan duduk senyap-senyap dalam rumah bila orang takbir kat rumah jiran tetangga kami. Sebabnya ibu tak ada duit nak sediakan rendang yang banyak mahupun kuih. Cukup-cukup untuk kami adik beradik. Biasanya kalau ibu ada duit lebih dia mesti buatkan kami adik beradik baju raya yang baru. Kami tahu baju raya kami tak secantik kawan-kawan, tapi istimewanya anak-anak ibu ini kami tak pernah merungut setiap pemberian ibu. Apa yang ibu bagi kami ambil tanpa soal. Ibu adalah sumber inspirasi ku, idola ku dan intan payung aku. Dialah ibu dunia dan akhirat. Kepayahan hidup, tekanan perasaan membesarkan anak-anak tanpa suami tercinta tidak pernah membuat ibu berputus harap. Jiwa yang sentiasa mengenang masa depan anak-anak tercinta tak pernah membuat dia melepaskan tanggungjawab yang diamanahkan Allah padanya. Ibu tak pernah menceritakan masalah rumahtangganya pada jiran tetangga walaupun kami hanya bersarapankan lempeng dari pagi sampailah ke malam.
Semasa senang ingatlah Allah selalu dan semasa susah ingatlah Allah selalu. Solat adalah tempat dimana ibu sentiasa mengadu masalahnya pada Allah.
Bersambung................
| Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.