Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Solat
Isnin, 1 Jun 2009 | 6:13 PG | 0 comments
Mengadulah pada Allah, InsyAllah akan Dia makbulkan. Jangan sesekali kita menjadi manusia yang sombong, tidak mahu langsung menyembah Allah (solat). Apakah kita sudah lupa janji kita pada Allah, semasa roh ditiupkan didalam jasad. Kita membuat perjanjian dengan Allah, bahawasanya kita akan taat dan patuh akan semua suruhan dan perintah Allah.
Hari ini kita kejar dunia,kita terus kejar dan kejar. Kita tinggalkan akhirat kita, yang sudah pasti datang dan kekal kehidupan disana. Dunia adalah tempat persinggahan yang berbentuk sementara. Akhiratlah yang kekal abadi. Wahai sahabat-sahabat ku yang sedang membaca blog ku ini. Cuba tanya pada diri sendiri kenapa aku masih susah untuk bersembayang, kenapa aku selalu melambat-lambatkan sembayang, kenapa aku tak memberatkan sembayang ku, kenapa sampai hari ini aku masih tak sembayang-sembayang. Adakah aku jenis orang yang hanya sembayang raya puasa, raya haji dan jumaat. Jawapannya ada dengan kita. Bila ditanya syurga neraka. Pasti kita akan kata syurga. Tetapi perbuatan kita tak pernah pun menampakkan kita mahu masuk syurga. Solat tak mahu. Tapi bila ditanya syurga ke neraka, kita dengan bongkaknya berkata syurga. Yakin ke kita akan masuk syurga tanpa solat. Orang yang solat pun kalau ditanya yakin ke dia akan masuk syurga, pasti dia akan jawab tak macam orang yang tidak solat." Tak pasti". Saya menyeru pada diri saya dan kawan-kawan yang masih belum mahu bersolat jangan tunggu sampai segala nikmat yang Allah berikan kepada kita ditarik, baru kita mahu bersolat. Hari ini kita ketawa bersama kawan-kawan, esok belum tentu kita akan bersedih bersama mereka. Hari ini kita makan bersama kawan-kawan, esok belum tentu kita akan duduk makan bersama. Hari ini kita masih boleh hirup oxsigen yang Allah kurniakan kepada kita,walaupun kita selalu lupa bahawa oxsigen dan semua milik kita adalah hak Allah. Besarnya nikmat dan rahmat Allah pada kita walaupun kita masih sombong tidak mahu menyembah Allah (solat ).
Amat malang lagi, sudahlah kita tidak solat, isteri,anak-anak yang kita sayangi turut sama tidak solat. Tidak takutkah kita apabila ditanya oleh Allah nanti. Soalan yang mula-mula ditanya didalam kubur adalah solat. Apa agaknya jawapan kita nanti bila ditanya berkenaan solat. Boleh agaknya kita menipu semasa ditanya didalam kubur nanti. Sekiranya kawan-kawan rasa boleh sialakanlah. Semoga berjaya menjawab soalan disana. Ingat ! solatlah yang menceriakan rumah tangga kita sekeluarga. Dengan semua isi rumah bersolat. InsyAllah akan turun rahmat dan hidayah Allah didalam rumah orang yang bersolat itu. Manusia yang tidak bersolat kata ulamak " umpana bangkai yang bernyawa yang berjalan-jalan diatas bumi Allah " Apa valuenya manusia yang tidak bersolat disisi Allah. Apa hebatnya orang kaya disisi Allah kalau puak-puak ini masih ingkar tidak mahu bersolat. Kesian ke kita kepada orang-orang miskin yang papa kedana, tetapi masih sombong, masih ingkar untuk tunduk sujud menyembah Allah (solat). Hebat ke kita yang banyak membuat kebajikan menolong orang dan bermacam-macam kebajikan lagi, tetapi tanpa solat amalan kita ini umpama debu-debu yang berterbangan apabila ditiup angin.
Dihari akhirat nanti akan ada satu golongan yang Allah seru pada golongan ini untuk masuk ke syurga. Mereka berjalan terus menuju ke syurga, hingga mereka sudah dapat bau syurga yang wangi , sudah dapat melihat rupa syurga yang indah yang tak dapat dibayang oleh kita. Sudah mula lambai-lambaikan tangan mereka kepada syurga Allah itu.
Tiba-tiba keluar satu suara yang kuat menyuruh mereka ini untuk diarah patah balik menuju ke neraka. Golongan ini seperti terpingga-pingga, tergangga-gangga seperti tidak percaya apa yang mereka dengar. "Tadi suruh kami ke syurga, lepas itu kami dah hampir betul dengan syurga, dah nak masuk dah, tiba -tiba suruh kami patah balik menuju ke neraka pula. Apa semua ini". Kata golongan ini. Suara tadi menemplak golongan ini dengan berkata inilah balasan bagi orang yang di dunia dulu dia buat amal seperti betul-betul nak masuk syurga, tetapi segala perbuatan yang diperintah Allah tidak ditaatinya. Dia tidak bersolat, tidak berzakat, tidak berpuasa, dan bermacam-macam lagi perkara yang diwajibkan, disuruh Allah tidak dipedulikan.
Maka Allah mempersendakan golongan ini. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Na"uzubillah.......
Sekian buat diri ku yang lupa..........
Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.