Bila Nak Solat ?
Selasa, 9 Jun 2009 | 1:10 PG | 0 comments

Yang membezakan di antara orang islam dan kafir adalah solat. Dimana agaknya letak kedududkan orang yang tidak bersolat. Apa Value orang tidak bersolat disisi Allah. Walaupun tak ada value disisi Allah, tapi Allah tetap mengurniakan rezeki pada orang-orang yang tak ada Value ini. Apa orang-orang ini tidak pernah berfikir tentang hari kematian yang pasti akan datang. Kita mampu puasa sebulan dibulan puasa, tapi solat tak sampai 5 minit tetap kita tak buat. Amal tanpa solat ibarat ting kosong. Tak ada isi didalamnya. Tak ada Value langsung disisi Allah. Siang malam kita kerja bagai nak gila. Tapi bila sampai waktu solat kita buat selamba aje... Gaji mahu, solat tak mahu...Had umur bagi umat Nabi saw adalah 40 tahun. Jikalau sampai 40 tahun masih tak solat, maka tak solatlah orang ini sampai matinya kecuali dengan hidayah Allah. Hati kita ibarat batu yang keras. Untuk melembutkan hati kita kena selalu mengingati Allah dengan berzikir, dengar ceramah agama dan solat. Kalau tiada amalan ini didalam kehidupan kita seharian, maka confirmlah hati kita akan membatu sampai bila-bila... Jangan tunggu sampai Allah cabut segala nikmat yang dikurniakan kepada kita, baru kita nak sujud pada Allah. Pelikkan suami isteri kerja tapi duit belanja tetap tak cukup. Macam-macam masalah yang timbul. Inilah tanda rezeki yang tak berkat tanpa solat. Tunggu apa lagi.. Jom kita solat..sebelum kita disolatkan.
buat diriku yang lupa