Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Kalau Mahu Maju Dalam Bisnes,Jangan Bersaing
Isnin, 1 Jun 2009 | 8:39 PTG | 0 comments
Axiom, ejaan Melayunya aksiom, adalah kata-kata orang biasa yang sangat diketahui ramai dan dipercayai sebagai sesuatu yang benar.

Salah satu aksiom dunia bisnes yang sering kita dengar adalah: Kalau mahu berjaya dalam bisnes, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing.

PTS adalah sebuah syarikat yang tidak menganuti aksiom 'Kalau mahu berjaya, kita mesti bersaing.' Pendek kata, PTS adalah sebuah syarikat yang tidak percaya kepada persaingan.

Kita tidak berpegang pada konsep bersaing kerana kita belum berjumpa dengan nas yang mengatakan 'kalau mahu berjaya dalam perniagaan, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing'.

PTS percaya kepada konsep bisnes dalam Islam, yakni konsep 'berlumba-lumba'.

Konsep berlumba-lumba sangat berbeza daripada konsep bersaing. Bersaing bermakna mendapatkan kemenangan dengan cara mengalahkan orang-orang lain. Berlumba-lumba bermakna tidak ada yang kalah, yakni semua orang menang, cuma siapa yang lebih menang, itu sahaja.

Inilah faktor yang mendorong TimPTS sentiasa memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja demi membantu bisnes mereka supaya berjaya.

Inilah juga yang menyebabkan kita membuka blog UNIVERSITI TERBUKA PTS (UnikaPTS) di mana saya menuliskan pelbagai pengetahuan dan maklumat yang dikumpulkan dan dipunyai oleh pegawai-pegawai PTS berkenaan bisnes penerbitan buku Melayu.

Tujuan UnikaPTS adalah membantu penerbit-penerbit lain mengembangkan perniagaan mereka, supaya dengan itu industri buku Melayu berkembang dengan sihat.

Menerbitkan buku adalah kerja penerbit. Manakala mengurniakan duit adalah kerja Tuhan. Tuhanlah yang menentukan siapa yang mendapat banyak duit, dan siapa yang mendapat lebih banyak duit.

Atas nama persaingan, orang-orang yang pandai merosakkan bisnes orang lain, belum tentu dia yang dikurniai paling banyak duit oleh Tuhan.

Yang sudah pasti Islam menjanjikan: "Apabila kamu meringan beban saudara kamu, maka Allah akan meringankan beban kamu."

Kerana mengharapkan Allah meringankan beban PTSlah maka PTS membantu rakan-rakan penerbit lain dengan menyebarkan apa jua maklumat bisnes penerbitan buku yang berguna kepada mereka.

Ehsan dari blog universitipts



Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.