Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Risiko Menjadi Penerbit
Isnin, 1 Jun 2009 | 8:56 PTG | 0 comments

Berita tentang pasaran buku-buku umum dalam Bahasa Melayu yang sedang saat ini berkembang pesat dan menggebu-gebu sudah merebak dengan baik. Kisah-kisah kejayaan jualan buku-buku umum Melayu semakin meyakinkan apabila orang melihat sendiri sambutan Pesta Buku PBAKL 2009 semenjak beberapa tahun belakangan ini. Maka banyak individu menceburkan diri menjadi penerbit buku umum.

Sebelum ini, cerita-cerita tentang bagaimana meletupnya jualan novel-novel cinta telah tersebar, maka banyak individu terdorong menjadi penerbit novel-novel cinta. Pada masa ini, setiap bulan, antara 25 hingga 30 judul baru novel cinta masuk ke dalam pasaran.

Menerbitkan buku adalah sangat-sangat mudah. Dengan modal tidak sampai RM5 ribu, sesiapa sahaja boleh menjadi penerbit, dengan syarat dalam tangannya ada manuskrip yang hendak diterbitkan. Yang amat sukar adalah bertahan lama sebagai penerbit.

Dengan statistik yang menunjukkan trend di seluruh dunia bahawa 93% syarikat tutup dalam tempoh 3 tahun pertama selepas mula beroperasi, kita perlu berhati-hati sebelum membelanjakan wang menjadi penerbit.

Sesetengah bisnes, jika kita mahu menutupnya, kita dapat jual bisnes kita itu kepada pelabur lain dengan agak mudah juga. Sebagai contoh, jika kita membuka kedai gunting rambut, apabila kita sudah bosan, kita boleh cari orang lain supaya membeli bisnes kita itu. Ada orang yang mahu mengambil alih kedai gunting kita itu bulat-bulat, pendek kata macam dia masuk tinggal basuh kaki sahaja.

Jika kita membuka gerai makan di bawah pokok pula, jika kita tidak mahu meneruskan bisnes, kita masih dapat 'menjual' tapak gerai kita itu kepada orang lain. Malah kita boleh menjualkan tapak gerai beserta dengan khemah, kerusi, meja, dapur, tong gas, periuk belanga, dan sudu garpu kita kepada pengusaha baru. Dengan itu kita masih dapat menyelamatkan sebahagian daripada modal bisnes kita.

Hal yang serupa tidak dapat dilakukan apabila kita menjadi penerbit buku. Jika kita hendak menutup bisnes penerbitan kita itu disebabkan buku-buku kita tidak laku, kita tidak dapat menjual buku-buku yang tidak laku di dalam setor kepada penerbit lain. Buku-buku itu hanya laku dijual kepada pembeli kertas kitar-semula. Kita juga tidak dapat menjual kepada penerbit lain akaun hutang-piutang lapuk pengedar dan pekedai buku.

Ehsan dari universitipts.



Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.