Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Angah Dan Getah Paip
Isnin, 13 Julai 2009 | 5:07 PTG | 1 comments

Aku nak cerita sikit pasal betapa aku angin dengan kerenah anak aku sorang ni. Siti Khodijah yang selalu ponteng sembayang. Bila tanya mesti dia cakap " angah dah sembayang tadi " tapi cek dia punya telekung, tak terusik pun. Bila tanya balik dia, dia cakap " angah lupa la... " macam-macam alasan dia akan beri untuk menyelamatkan dirinya yang agak tak cerah kulitnya berbanding kakaknya...Dengan rasa sabar tak sabar aku getah paipkan dia. Meraung dia sekuat-kuat hatinya.
Lepas aku getah paipkan dia, terus aku keluar ke surau solat maghrib.
Bila aku balik ada cerita lain pulak. Bila ibu dia tanya ayah pukul dengan apa. Dia jawab macam ini.

" cuba ibu teka, dia warna kuning, orang selalu guna untuk mandi. Apa dia ? "
Tergelak aku dergar cerita dari ibu dia. Inilah anak aku angah yang paling loyar buruk.
Kena banyak bersabar dengan anak seorang ini.


Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.