Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Arif sudah boleh membaca ?
Khamis, 13 Ogos 2009 | 2:26 PG | 1 comments

Hari ini Arif belajar membaca buku Bacalah Anak Ku. Ibu yang ajar. Dia dah boleh mengeja sedikit. Alhamdullilla dari pada tak tahu dah kira bolehlah. Ada bunyilah juga. Arif adalah anak yang ke3 dalam keluarga kami. Anak sulung lelaki. Arif cukup suka main komputer game. Dia boleh menghabiskan masanya satu hari di depan komputer. Sedang Arif sibuk membaca buku Bacalah Anak Ku, Angah datang mengacau. Arif baca bunyinya macam ini. " Ali suka makan ikan". Angah datang ajar dia baca macam ni pula " Ali sukan makan ikan busuk " Hilang mood Arif nak belajar. Angah cukup suka mengacau Arif. Hobi katanya. Satu yang istimewa tentang Arif adalah tentang songkoknya. Dia hanya akan cabut dari kepalanya bila hendak tidur sahaja. Bila dia bangun dari tidur benda yang pertama dia akan buat adalah cari songkoknya dan pakai. Pasal itulah bila tidur dia akan letak songkok di sebelahnya. Bila dia bangun senang nak cari. Aku didik dia pakai songkok sejak umurnya 1 tahun lagi. Semoga dia menjadi anak yang hebat di dunia dan hebat akhirat. Aminnnnnnn..............

Ya Allah jadikanlah aku hamba Mu yang sabar dengan kerenah anak-anak ku.
Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.