Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Puasa, Tapi Tidak Solat.
Isnin, 31 Ogos 2009 | 6:21 PTG | 0 comments
Puasa tapi tidak solat. Adakah puasa orang-orang ini diterima Allah ? Tiada amalan baik diterima Allah kalau seseorang itu meninggalkan solatnya.Amalan baik itu adalah bersedekah, menolong orang, berpuasa dan banyak lagi.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :

" Sesiapa yang meninggalkan solat asar, maka amalan baiknya tertolak. "

Amalan baiknya tertolak bermaksud, semua amalannya dianggap batal dan tidak memberi sebarang faedah kepadanya. Allah tidak akan menerima sebarang amalan orang yang tidak solat.
Amalannya tidak akan dihitung pada hari kiamat nanti. Berdasarkan pada hadis tersebut, terdapat dua golongan yang tidak menunaikan solat. Pertama, mereka yang langsung tidak solat. Golongan ini akan kehilangan semua amalan baiknya yang dilakukan. Kedua, golongan yang kejap sembayang kejap tidak, ikut suka mereka. Amalan mereka akan tertolak pada hari mereka tidak solat.
Syeikh Ibn ' Uthaimin r.h telah ditanya mengenai puasa orang yang tidak mendirikan solat. Beliau menjawab:

" Puasa orang yang tidak mendirikan solat tidak sah dan tidak diterima kerana orang yang tidak mengerjakan solat hukumnya kafir dan murtad. "

Sabda Nabi saw :

Maksudnya:

"Antara seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat."

Riwayat Muslim: 82.

Sabda Nabi saw lagi:

Maksudnya:

" Perkara yang memisahkan kita dengan mereka adalah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka ia adalah kafir."

Riwayat al- Tirmizi:2621

Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.