Keputusan Peperiksaan Along dan Angah
Ahad, 15 November 2009 | 3:21 PG | 0 comments

Akhirnya Along dan Angah dapat keputusan yang baik berbanding periksa mereka awal tahun dan pertengahan tahun. Aku dan ibunya cukup gembira dan bersyukur kehadrat Illahi.
Along tahun tiga dapat 4A,1B. Berbanding periksanya yang lepas dia hanya berjaya mendapat 2A, 2B, 1C.
Angah pula tahun satu dapat 5A. Kerana keputusan mereka yang bagus ini, aku belanja mereka makan chicken chop, makanan kegemaran mereka. Seronok sungguh mereka bila aku bawa mereka makan chicken chop.