Arif Darjah 1
Jumaat, 12 Mac 2010 | 2:22 PG | 0 comments
.jpg)
.jpg)
Alhamdullilla, syukur kehadrat Allah yang Maha Berkuasa.
Anak ku Muhammad Arif sudah 3 bulan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Arif adalah anak yang cukup special dalam keluarga kami. Dia anak lelaki yang pertama dalam keluarga. Kelak dia bakal menjadi ketua keluarga sekiranya aku tiada lagi.
Arif memang suka sangat bersekolah. Tetapi sayangnya dia masih belum boleh membaca sehingga saat ini. Dalam adik beradik dia boleh dikatakan anak yang paling slow dalam sudut perkembangan minda dan diri. Semasa di lahirkan, ibunya mengalami masalah darah tinggi hingga doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkannya. Arif di lahirkan kurang 3 minggu dari tarikh duenya. Asbab ini doktor mengatakan Arif akan mengalami masalah perkembangan kognitif. Iaitu dia akan menjadi anak yang perlahan perkembangan minda dan diri. Pakar kanak-kanak juga mengatakan begitu. Tetapi ia bukanlah masalah yang kekal. Cuma sementara waktu. Apabila ia meningkat dewasa masalah ini akan secara perlahan-lahan hilang.
Alhamdulilla Arif sudah nampak perkembangan sedikit demi sedikit. Walaupun dia tidak boleh membaca tetapi dia mampu membuat kerja sekolahnya sendiri. Dia juga tahu apa yang gurunya suruh dia buat di sekolah. Aku sentiasa mendoakan agar anak ini kelak akan menjadi anak yang hebat di dunia dan hebat di akhirat. Aminnnnn......