Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Arif Puasa
Jumaat, 13 Ogos 2010 | 3:53 PG | 0 comments


Ramadan tahun ini Arif pertama kali cuba untuk berpuasa. Kami ajarnya dan didiknya untuk cuba berpuasa. Separuh hari pun jadilah. Hari ini sudah masuk hari kedua Arif berpuasa separuh hari.
Hari pertama puasa dia kata kalau ibu benarkan dia untuk ponteng sekolah dia akan puasa penuh. Bila tengok adiknya makan nasi dengan ayam goreng depan matanya, dia sudah tukar cerita. Menangis sakan dia sambil merayu dengan ibunya untuk berbuka. Tak tahan, lapar sangat katanya. Kesian tengok dia, ibu pun benarkan dia berbuka.
Hari kedua dengan penuh semangat dia pergi sekolah dan berkata kepada ibunya, " hari ini Arif nak puasa penuh ". Katanya dengan penuh yakin. Sebelum dia pergi sekolah aku pesan dengan ibunya supaya bagikan dia duit belanja, takut-takut dia tak tahan lapar atau dahaga. Biasalah anak-anak memang macam itu semangatnya. Nanti sampai sekolah kalau dia tengok kawan-kawannya makan dan minum depan matanya, pasti dia tidak tahan. Aku bercakap melalui pengalaman semasa aku anak-anak dahulu. Biarlah dia cuba untuk puasa separuh hari dahulu.
Kita didik dia untuk kenal apa itu puasa dan macamana rasanya orang yang berpuasa. InsyaAllah, bila sudah biasa nanti, aku pasti dia akan puasa penuh,walaupun dia sekarang ini cuma berumur tujuh tahun. Semoga Arif menjadi anak yang hebat di dunia dan di akhirat.


Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.