Abuaisyah Azari





Abuaisyah Azari
Terawih.
Rabu, 11 Ogos 2010 | 5:19 PTG | 0 comments


Malam pertama bersolat terawih di Bandar Tasik Puteri, jemaahnya sampai melimpah keluar. Semoga ia akan kekal sehingga habis Ramadan. Biasanya ia hanya bersifat sementara. Apabila masuk minggu kedua kita dapat lihat jemaah semakin surut. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk persiapan hari raya. Di mana-mana masjid dan surau situasi ini pasti akan berlaku. Walau hebat macamana pun masjid atau surau itu perkara ini pasti berlaku. Semakin hari kita semakin jauh dengan masjid dan surau.
Bila manusia berlumba-lumba mengejar dunia, kita seolah-olah tidak perasan yang kita sudah jauh meninggalkan akhirat yang kekal abadi. Rebutlah pahala sebanyak-banyaknya untuk kita, yang akan meninggalkan dunia tidak lama lagi. Ia adalah bekalan kita untuk bertemu Allah kelak. Jadikanlah masjid dan surau rumah kedua kita. Semoga Allah merahmati kita semua di dunia dan akhirat.

Older Post | Newer Post
Abuaisyah Azari
Tentang pemilik blog.

Gambar


Direka Oleh:
Pemilik blog ini.